5 Trik Mudah Untuk Tajamkan Pemikiran & Kekuatan Memori
- Omar Hishamudin
- Jul 19, 2016
- 2 min read

1. Ulang
Antara satu perkara paling penting dalam pembelajaran adalah ulang perkara yang kita baca, buat ataupun belajar. "Ulang" disini x bermaksud ulang dengan cara yang sama seperti baca, baca dan baca. Secara tidak langsung, otak kita akan bertindak balas dengan cara yang berbeza atau masa yang berbeza. Dengan reaksi yang pelbagai ini akan membina kekuatan memori kita. Contoh dalam teknik pengulangan adalah :
Catat atau ambil nota.
Ulang menyebut sesuatu kata kunci apabila kita mendengarnya buat kali pertama.
Parafrasa-kan ayat yang kita dengar ataupun kita baca dengan kefahaman kita sendiri.
2. Catat & Susun
Susun semua aktiviti atau perancangan harian kita untuk pastikan kita tidak terlepas segala temujanji & aktiviti kita. Zaman teknologi canggih sekarang ni mesti ramai yang ada smartphone, kita boleh "create event" dekat kalendar fon ataupun buat reminder kat situ. Ia boleh jadi journal untuk kita apabila kita nak buat penulisan mahupun laporan. Tetapi menulis perancangan kita lebih baik, sebab menulis akan membantu kognitif otak kita lalu mengukuhkan otak kita.
Antara perkara yang wajib kita catat:
Isi penting dalam perbualan, idea yang kita terfikir dan pengalaman.
Perancangan tugasan
Tugas baru mahupun tugas yang dah selesai
Kalau menggunakan kalendar meja ataupun sticky note, letakan catatat tu dekat tempat yang sama supaya senang kita nak cari.
3. Gambar & Gambaran
Nak ingat muka & nama orang kadang2 boleh jadi susah untuk sesetengah individu. Selain daripada ulang sebut nama orang, kita boleh tambahkan cara dengan menggambarkan sesuatu.
Contoh:
Kaitkan nama Ali dengan latar belakang pantai, dan bayangkan Ali dekat pantai.
Bila kita baca sesuatu proses seperti proses pergerakkan enjin dalan bidang kejuruteraan, kita bayangkan proses tu sambil membaca.
Kalau x boleh jugak, search kat Youtube proses tersebut & kita boleh tengok animasi proses tersebut.
4. Petunjuk // Kata kunci
Bila kita susah nak ingat sesuatu perkataan ataupun fakta, kita boleh ciptakan satu kata kunci atau petunjuk untuk mengaitkan dengan perkara tersebut.
Contoh:
Hydrophilic vs Hydrophobic
Ada orang konfius perkataan mana yang membawa maksud tidak larut air ataupun larut. Kita boleh kaitkan PHOBIC dengan PHOBIA. Bila kita phobia akan sesuatu perkara, maka kita akan menjauh perkara tersetbu. Jadi kita boleh simpulkan jirim tersebut tidak akan larut air sebab ia PHOBIA dengan air.
5. Buat Kategori
Bila kita mengingati senarai panjang yang mengandungi 10 item atau lebih, kita akan mudah cenderung untuk lupa item - item tertentu. Dengan buat kumpulan atau kategori item tersebut.
Contoh:
Barang dapur :
Ikan bawal,
Sayur,
Daging,
Beras
Pencuci pinggan
Barang Keperluan:
Seluar
Baju
Alatan mandi
Alatan make up
Alatan Fon seperti charger
Ia akan nampak lebih kemas secara tidak langsung otak kita dapat mencernakan keperluan kita...
Ada sebarang persoalan, permintaan tips atau cadangan untuk entri seterusnya?
boleh hubungi saya (^.^)
Omar Hishamudin : 018-2805171
Comments