top of page

Pendakian Pertama

  • Omar Hishamudin
  • Jul 3, 2016
  • 1 min read

Bukit Broga terkenal dalam kalangan komuniti yang sukakan pemandangan cantik, terutamanya pemandangan matahari terbit. X pernah lagi ada pengalaman hiking ni. Daripada kecil saya minat aktiviti lasak & outdoor ni tapi jarang dapat peluang. So, saya dan kawan2 decide nak tengok sendiri pemandangan matahari terbit dekat puncak Broga pada 2 Mac 2014. 7 orang join XPDC ni, 3 lelaki 4 perempuan ;

1. Omar Hishamudin

2. Azri Sarip

3. Ardi Fikri

4. Shaera Sarimin

5. Ellyanie Balqis

6. Intan Nur Nadhirah

7. Nurkhairunisa

Kami bertolak sekitar 0400H daripada Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM dengan 2 buah kereta. Daki Bukit Broga x perlukan peralatan outdoor sangat sebab trek dia ramai yang kata senang. Kami tiba di Bukit Broga sekitar 0500H. Waktu kami tiba tu pun dah ramai orang, parkir pun penuh. Kalau pembaca nak cuba mendaki Broga kali pertama & naik waktu pagi saya rasa lebih baik bawak torchlight, sebab gelap sangat dan sesak.

Keadaan gelap sewaktu hiking, lebih kurang pukul 0600H

Orang ramai pun spend masa cuti ahad dekat Bukit Broga

Pemandangan - pemandangan cantik daripada atas broga, seronok betul kami semua bergambar kat atas

Sebelum turun kami bergambar dulu ramai2 XD

Dari Kiri : Fikiri, Intan, Ellyanie, Shaera, Nisa, Omar, Azri

Epic Split !!!!!

3x saya cuba buat baru dapat gambar epic...

Credited to Photographer : Azri Sarip

Bukit Broga yang terletak di Daerah Semenyih, Selangor dengan ketinggian 400 meter dari aras laut ni sesuai sangat untuk pembaca2 yang baru nak cuba hiking buat kali pertama...

Senang sangat, kalau atlit2 comfirm x berpeluh pun sampai puncak...

Hehe...

Terima Kasih sudi membaca,

Nantikan pengembaraan seterusnya...

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • White Google+ Icon

CONTACT ME

T: 018-2805171

FB : Omar Hishamudin
Email : omarhishamudin@gmail.com

© 2023 by The Apothecary.  Proudly created with Wix.com

Feel Free TO Contact me

Success! Message received.

bottom of page