top of page

7 Teknik Untuk Menguatkan Ingatan Kita

  • Omar Hishamudin
  • Jan 20, 2016
  • 3 min read

Kita sering terfikir cara nak tingkatkan memori & ingatan kita. Termasuk pelbagai katergori seperti pelajar, pensyarah mahupun golongan profesional seperti Jurutera, Doktor Pakar Bedah dan Arkitek. Kadang - kadang tanpa mendapatkan nasihat pakar, kita terus mencuba teknik - teknik yang mungkin lagi menyerabutkan pemikiran kita.

Kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang 7 teknik untuk menguatkan ingatan kita.

7 Teknik Untuk Menguatkan Ingatan

1. Pemakanan Yang Betul

2. Bersenam

3. Hentikan "Multitasking"

4. Dapatkan Tidur Malam Yang Cukup

5. Main Permainan Minda

6. Mahirkan Diri dengan Kemahiran atau Perkara Baru

7. Cipta Peranti Mnemonic

1. Pemakanan Yang Betul

Makanan yang kita ambil & tidak ambil memainkan peranan penting untuk ingatan kita. Sayur - sayuran yang segar amat penting. Contohnya, broccoli dan walnuts mengandungi anti-oksidan dan sebatian lain yang boleh melindungi kesihatan otak & malah merangsang penghasilan sel otak yang baru.

Mengikut kajian Dr, Mary Newport, 2 sudu besar minyak kelapa akan membekalkan 20 gram 'Medium-Chain Triglycerides' (MCT). MCT digunakan untuk sama ada sebagai langkah pencegahan degeneratif penyakit saraf, atau rawatan penyakit saraf yang telah dihidapi.

2. Bersenam

Bersenam menggalakkan otak kita untuk berkerja pada kapasiti optimum dengan cara merangsang sel-sel saraf untuk menggandakan mereka, dan memperkuatkan hubungan antara sel saraf serta melindunginya daripada rosak. Sewaktu bersenam, sel saraf akan merembeskan protein dikenali sebagai faktor neurotropic. Ia akan mencetuskan pelbagai kimia untuk menggalakkan kesihatan saraf, dan secara langsung memberikan manfaat kepada fungsi kognitif, termasuk dalam pembelajaran.

Dalam sebuah penyelidikan pada tahun 2010, Neuroscience mengatakan bahawa senaman berkala bukan sahaja mampu meningkatkan aliran darah ke bahagian otak, malah membantu kita untuk pelajari perkara baru 2x ganda lebih cepat daripada orang yang tidak bersenam.

3. Hentikan 'Multitasking'

Ramai orang berpendapat bahawa kita perlu lakukan banyak perkara dalam satu masa supaya kita siap tugasan dengan lebih cepat. Namun malangnya, 'multitasking' ini sebenarnya membuatkan kerja kita lebih perlahan. Kita akan sering melakukan kesilapan & sering terlupa perkara-perkara penting.

Kajian menunjukkan bahawa kita perlu lebih kurang 8 saat untuk menghadam informasi kepada ingatan kita. Kalau kita sedang bercakap dengan telefon, membawa barang2 runcit lalu letakkan kunci kereta, kita mesti terlupa di mana tempat kita letak kunci kereta tersebut.

4. Dapatkan Tidur Malam Yang Cukup

Kajian daripada Havard mengatakan tidur selama 4-6 jam akan memberi impak positif iaitu pemikiran kita akan lebih jelas & teratur pada keesokkan harinya. Tidur juga berfungsi untuk meningkatkan kebolehan ingatan kita & membantu kita mempraktikkan serta meningkatkan kemahiran yang kita baru pelajari.

5. Main Permainan Minda

Kalau kita jarang cabar minda kita untuk perkara yang baru dan luar kemampuan, kapasiti sel saraf otak kita akan mula untuk merosot. Antara permainan yang kita boleh main dalam zaman serba canggih ini adalah "Candy Crush". Ramai orang memiliki 'smartphone' tetapi segelintir yang menggunakannya sebaik mungkin. Selain itu, bermain permainan komputer selama 1 jam juga dapat meningkat IQ kita kerana ia mengajar kita untuk berfikir dengan pantas dan membuat analisis serta membuat keputusan dengan kadar segera.

6. Mahirkan Diri dengan Kemahiran atau Perkara Baru

Melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah kan merangsang sistem neurologi kita, lalu mampu melawan penyakit yang berkaitan & berpunca daripada stress. Saya cadangkan aktiviti rekreasi luar seperti mendaki gunung & berkayak. Terdedah dengan alam hijau akan membuatkan kita rasa lebih tenang dan membina semangat dalaman kita. Secara langsung akan membuat pikiran kita lebih terbuka luas.

Selain itu, kita juga boleh belajar perkara baru seperti bermain alat muzik atau memasak. Mungkin kita nampak belajar muzik sesuatu perkara yang remeh. Tapi sebenarnya ia akan memberikan kita kemahiran baru dan boleh buatkan diri kita rasa puas. Secara tidak langsung, kepuasan itu akan merangsang minda kita.

7. Cipta Peranti Mnemonic

Peranti Mnemonic adalah teknik yang digunakan untuk sesorang itu meningkatkan kemampuan dalam mengingati sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, ia merupaka Teknik Memori untuk membantu otak kita menghafal perkara penting. Seperti menggunakan buku lima tangan kita untuk mengenal pasti jumlah hari dalam bulan tertentu.

Contoh yang paling senang ialah melukis. Kita boleh ubah informasi dalam bentuk tulisan kepada grafik yang kita cipta sendiri. Sambil kita melukis, kita akan rekodkan segala pergerakan tangan dan penglihatan mata kedalam memori kita sendiri. Sewaktu kita memerlukan informasi tersebut, kita akan lebih mudah teringat tentang grafik yang kita lukis. Selain daripada grafik, kita boleh jugak buat dalam bentuk audio seperti lagu. Mencipta akronim juga antara teknik yang baik

Selain amalkan 7 perkara tadi, saya juga amalkan pengambilan Set Pelajar ini. Sebagai seorang pelajar, tugas kita bukan sahaja menjadi ulat buku. Tetapi perlu libatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar kelas seperti mengajurkan aktiviti-aktivi di Kolej. Tambahan pula sebagai seorang PALAPES LAUT, saya perlu makanan tambahan untuk saya hilangkan lesu-lesu dan kurangkan tekanan saya. Memori yang mantap pun saya perlukan sebab masa yang saya ada amat singkat untuk melakukan pelbagai tugas....

Salam Sihat, Cergas dan Sentiasa Hebat :D

ความคิดเห็น


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • White Google+ Icon

CONTACT ME

T: 018-2805171

FB : Omar Hishamudin
Email : omarhishamudin@gmail.com

© 2023 by The Apothecary.  Proudly created with Wix.com

Feel Free TO Contact me

Success! Message received.

bottom of page